3 Kisah Menarik

Kucing. Haiwan yang tidak asing di kalangan kita. Bukan setakat di Malaysia bahkan satu dunia. Pasti ramai antara kita yang sangat meminati kucing dan tak nafi juga yang takut dengan haiwan jinak ini.

Dalam tulisan kali ini saya ingin berkongsi 3 kisah menarik tentang kucing.

Pertama,  dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Ibn Umar RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan.

Ulasan: Nah, lihat sendiri bagaimana Islam tidak hanya sekadar mendirikan keadilan ke atas manusia, bahkan kucing juga mendapat perlindungan dan keadilan atas mereka yang menzaliminya. Maka, sesiapa yang berlaku zalim terhadap kucing dan haiwan amnya, mereka sebenarnya tidak mengambil apa yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Tanda cinta dan kasih kita kepada baginda ialah apabila kita tunduk dan patuh kepada ajaran nasihat, amaran dan ancaman yang disabdakan baginda.

Kedua, sekitar kisah sahabat Nabi SAW yang bernama Abdul Rahman bin Sakhr. Suatu hari beliau sedang dalam perjalanan ke Masjid Nabawi menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau-ngigau. Anak kucing bersendirian dek kehilangan ibunya. Dengan penuh rasa kasihan, Abdul Rahman terus mengambilnya dan meletakkan anak kucing itu di dalam jubahnya. Setibanya di masjid, baginda Rasulullah SAW bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Bertolak dari peristiwa itu baginda SAW menggelarkan Abdul Rahman bin Sakhr dengan gelaran Abu Hurairah (bapa kucing)

Ulasan: Siapa yang mempelajari hadith-hadith nabawi pasti menemui banyak hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Gelaran Abu Hurairah itu lebih dikenali dari nama beliau sendiri. Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri yang memberi gelaran itu. Abu Hurairah adalah gelaran atas peristiwa Abdul Rahman mengasihi seekor kucing.  Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad mengiktiraf perasaan kasih dan sayang kepada kucing. Ia adalah penanda aras akhlak manusia kepada sesama makhluk. 


Ketiga, kajian Universiti Atlanta Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi mendapati, keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding yang tidak memelihara haiwan itu.

Ulasan: Untung juga pelihara kucing. Bukan setakat menjadi ibadah, darah tinggipun boleh turun. Siapa cakap bela kucing sia-sia, sebenarnya cakap dia itu yang sia-sia.

Jumpa lagi!

2 comments:

Prince Lastiq aka PYE said...

ooo...ptt la sy masih sehat walafiat walopun isap okok~ (ade kne ngene ke?) hehehehheh~

Unknown said...

saya baru tahu mengenai kisah ketiga lepas baca blog ni..thanks for the info..

Post a Comment

 
Catmen Cattery Copyright © 2011