Keputusan untuk memiliki atau memelihara kucing sebenarnya adalah satu langkah besar, yang bukan boleh dibuat main. Memiliki kucing dah tentu tak sama dengan memiliki anak patung Barbie atau Garfield. Walaupun semua kita maklum yang kucing punya rekod pandai menjaga diri sendiri, tetapi kenyataan itu bukanlah bermaksud tidak perlu sama sekali diberi perhatian dan penjagaan.
Justeru, sebelum terburu-buru untuk memiliki kucing, maka saya sarankan adalah lebih baik bakal-bakal pemilik membuat sedikit 'kerja rumah' (mencari maklumat dan kajian) terlebih dahulu supaya dengan itu kita boleh mengelak dari melakukan kesilapan yang biasa oleh pemilik kucing baru (sebenarnya kesilapan-kesilapan banyak juga dilakukan oleh pemilik-pemilik yang sudah lama dengan kucing).
Mengambil secara tergesa-gesa
Sekiranya kita tersalah beli baju atau seluar, bolehlah juga kita memulangkannya atau menukar dengan yang lain disebabkan longgar atau ketat. Siapa pun tak persoal, tak nafi tentang itu. Tetapi membeli atau mengambil benda hidup macam kucing yang punya rasa dan manja untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kecil kita, ia sememangnya sangat-sangat berbeza.
Jadi, pertimbangkanlah semasak-masaknya. Kadang kala dalam kita ingin berbuat kebaikan, tersilap langkah sebenarnya kita menanam bibit-bibit kezaliman. Dari elok boleh pahala, sudahnya mengumpul dosa.
Tak ambil peduli kos penjagaan
Tidak keterlaluan jika saya ibaratkan memiliki kucing hampir saja seperti memiliki anak. Anak patung takpelah tak payah makan. Sedang kucing makhluk yang hidup sama seperti kita. Ada masa nak makan, minum, tidur, buang air, bermain dan macam-macam lagi. Semua itu memerlukan biaya.
Ambil mudah rawatan veterinari
Walaupun kadar penyembuhan kucing dari kecedaraan kecil adalah cepat, kucing juga punya kemungkinan yang tinggi untuk mati sekiranya tidak mendapat rawatan secepat mungkin. Haiwan comel ini memerlukan vaksinasi dan pemeriksaan berkala serta berhak mendapat rawatan apabila ditimpa penyakit dan kecedaraan. Saya sendiri berpengalaman apabila terpaksa mengeluarkan biaya RM600 disebabkan kucing saya terkena Herpes Virus. Kerana tak vaksin yang kosnya sekitar RM30, akhirnya saya terpaksa membayar dengan harga yang jauh lebih mahal.
Memilih makanan kucing yang sebarangan atas dasar berjimat
Duit dapat dijimatkan dengan membeli makanan kucing yang murah. Ya, saya tak nafikan. Tetapi bukanlah bermaksud beli yang ratusan ringgit sekilo. Makanan kucing yang murah kerana nutrisi yang tidak seberapa sebenarnya akan menyebabkan kita banyak berhabis duit di Klinik Haiwan.
Kucing adalah haiwan karnivor dan ia memerlukan sumber protein dari daging. Mereka tidak memerlukan bijirin yang banyak terutamanya jagung, yang mana sumber protein murah yang biasa digunakan oleh pengilang makanan. Belajarlah bagaimana memilih makanan kucing dan usahakan yang terbaik untuk si comel kita. Dalam bab ini, mereka bergantung 100% kepada kita. Jimat atau sihat? Anda tentukan.
Kucing adalah haiwan karnivor dan ia memerlukan sumber protein dari daging. Mereka tidak memerlukan bijirin yang banyak terutamanya jagung, yang mana sumber protein murah yang biasa digunakan oleh pengilang makanan. Belajarlah bagaimana memilih makanan kucing dan usahakan yang terbaik untuk si comel kita. Dalam bab ini, mereka bergantung 100% kepada kita. Jimat atau sihat? Anda tentukan.
Brit Care baik dan memuaskan. Masih baru di pasaran Malaysia |
Blackwood juga makanan premium |
Royal Canin antara yang popular dan sangat memuaskan |
Bagus tapi harganya memang mahal |
Biarkan kucing hanya di dalam rumah atau bebas di luar
Bagi masayarakat kita terutamanya di kampung, mereka percaya bahawa kucing selayaknya dibiar bebas keluar masuk rumah untuk menghirup udara segar, cahaya matahari dan kehidupan liar. Manakala di bandar pula, masyarakatnya percaya bahawa dengan menghadkan pergerakannya di rumah sahaja juga mampu membuatkan kucing gembira dan sihat. Kenyataan bahawa kehidupan di luar boleh mendatangkan bahaya dan penyakit memang tak perlu diperdebatkan lagi. Namun begitu, terserahlah kepada kebijaksaan pemilik untuk menentukannya. Asal saja kucing sihat, selamat itu sudah memadai. Dalam hal ini, faktor setempat sangat mempengaruhi kita membuat keputusan.
Tidak mempedulikan litter box maintenance
Kucing akan sentiasa menggunakan litter box, sekiranya litter box itu diurusbaik dan selesa. Sama seperti kita. Mana tahan kalau tandas tidak diflush, berbau busuk dan kotor. Ingat, kucing adalah haiwan yang pembersih. Maka pastikan litter box sentiasa diurus sekurang-kurangnya sehari sekali. Buang najis-najis yang ada jika tidak, anda akan berdepan dengan masalah litter box avoidance. AMARAN: Sekiranya anda mendapati kucing membuang air di luar litter box walaupun telah diurus dengan baik, bersegerakan bawa ke klinik kerana dibimbangi kucing anda menghadapi masalah saluran urinari.
Hak milik kucing
Kaedah terbaik dalam memelihara kucing adalah menganggap mereka sebagai sebahagian daripada ahli keluarga, bukan 'binatang'. Maka dengan itu kita akan sangat mengambil berat setiap aspek yang berkait dengan haiwan kesayangan kita. Jangan malu-malu merujuk diri seperti seorang bapa atau ibu tanpa jemu dengan karenah dan ragam 'anak-anak'. Lebih hebat lagi, pencinta kucing menganggap mereka adalah milik kucing-kucing mereka.
Tidak membenarkan kucing jadi kucing
Susah bila pemilik kucing tak faham fitrah seekor kucing. Samalah macam kita tak faham fitrah seorang manusia. Kucing semestinya bukan manusia dan kucing juga bukanlah anjing. Kucing ada fitrahnya yang tersendiri dan duduk pada kelasnya yang juga tersendiri, unik. Bertolak dari tak fahamnya kita tentang fitrah kucing itu, membuatkan ada antara kita yang hampa, kecewa. Kita tidak memahami naluri dan kehendak mereka. Naluri kucing seperti mencari tempat tinggi, mengasah kuku bukanlah kerana degil atau nakalnya dia. Tugas kita ialah menampung keperluannya dengan cara yang boleh diterima. Cuba bayang kalau manusia disuruh jadi beruang, tak pening kita dibuatnya!
Saya kira ini sajalah untuk penulisan saya pada kali ini. Semoga ada manfaat dan peringatan untuk kita bersama. Ingat, jangan sampai nak kumpul pahala sudahnya terbeban dosa.
6 comments:
"jangan sampai nak kumpul pahala sudahnya terbeban dosa"
setuju! ramai org tataw nk jge kucing. kdg2 kesian tgk kucing belaan yg kotoq. patutnye, dah dibela bersih la jadinya, tp x.
:))
Bak kata Imam As-Syafie; Siapa yang inginkan dunia, maka mestilah dengan ilmu. Siapa yang inginkan akhirat, maka mestilah dengan ilmu. Siapa yang inginkan kedua-duanya, juga mestilah dengan ilmu.
Kesimpulannya, ilmu sangat berguna untuk lakukan apa jua urusan sekalipun dalam hal memelihara kucing.
Selamatkan kucing dari kesilapan-kesilapan kita (^^,)
bgus la... :)
Terima kasih atas perkongsian
http://www.hishamnazir.net/2011/06/antara-kelebihan-membela-kucing.html
dulu mse start bela kucing ni sy pon tatau psl kos.terkejut jugak la kena kena kuar byk duit utk sekor kucing.tp lama2 ok la.skrg dh byk sy bela
Post a Comment