Fakta Kucing Yang Perlu Kita Tahu

 Pada penulisan kali ini, Catmen Cattery ingin kongsikan bersama fakta-fakta tentang kucing yang sempat dikumpulkan. Hipotesisnya begini, semakin banyak ilmu yang kita ada tentang kucing, semakin kurang kesilapan dan semakin mudah menjaga, mengurus si comel kita.

Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Baginda pernah memotong hujung jubahnya hanya kerana tidak mahu membangunkan kucing yang sedang tidur di atas jubah baginda SAW.


Kucing adalah mamalia yang paling banyak memperuntukkan masanya dengan tidur. Ia menghabiskan masa untuk tidur selama 16 jam setiap hari. Ini bermakna, seekor kucing yang berusia 7 tahun hanya berjaga selama 2 tahun sahaja.

30% dari masa berjaga kucing pula dihabiskan untuk membersihkan diri (grooming).

Sekiranya kucing menggigit anda selepas anda mengusap perutnya, ia bukan gigit kerana marah tetapi kerana ia menyukakannya.

Tempoh bunting seekor kucing ialah antara 58 hingga 65 hari. Kurang lebih 2 bulan.

Dalam dunia haiwan, IQ kucing hanya dibelakang chimpanze dan monyet.

Misai pada kucing adalah sangat sensitif. Ia mampu mengesan perubahan tekanan udara sekecil mana sekalipun. Kemampuan ini membolehkan kucing bergerak di dalam suasana yang gelap.

Pasa saat kucing berusia 6 bulan, ia setara dengan manusia yang berumur 10 tahun.

Di Indonesia, suara kucing sering ditulis dengan "Meong". Di Amerika pula, ditulis dengan "Meow". Di England, dengan "Miaow" dan di Jepun, "Nya".

Kucing termasuk haiwan yang pembersih. Ia sering membersihkan diri (grooming) dengan menjilat seluruh badan. Air liurnya adalah agen pembersih yang kuat dan juga boleh memberi alahan kepada manusia. Kadang-kadang kucing akan memuntahkan bebola rambut (hairball) yang telah terkumpul dalam perutnya.

Pada mata kucing mempunyai lapisan pemantul cahaya yang dinamakan Tapetum Lucidum menyebabkan mata kucing bersinar pada malam hari. Lapisan ini mampu menyerap cahaya 6 kali ganda lebih kuat daripada manusia. Ini membolehkan kucing melihat dalam keadaan gelap gelita.

Kucing boleh bermimpi dan mengigau. Sama seperti manusia, kucing juga boleh kentut, dan pasti baunya juga tak kurang busuknya.

Kemungkinan untuk selamat adalah lebih tinggi sekiranya kucing terjatuh dari tingkat 20 daripada tingkat 7. Ini kerana kucing memerlukan masa yang setara dengan 8 tingkat untuk menyedari apa yang terjadi, bertenang dan membetulkan kedudukannya untuk mendarat.

Semua kucing berjalan dengan menjinjit.

Terdapat lebih dari 500 juta ekor kucing di seluruh dunia dengan 33 jenis yang berbeza.

Kucing anda sayangkan anda dan ia mampu membaca mood tuannya. Sekiranya anda sedang bersedih atau tertekan, anda juga akan perasan yang kucing anda menunjukkan tindak-tanduk yang berbeza kerana mood anda itu.




Secara puratanya, dalam satu-satu kelahiran kucing melahirkan 1-8 ekor anak. Setahun kucing mampu bunting sebanyak 2-3 kali.

Sepanjang hidup seekor kucing betina, ia mampu melahirkan lebih dari 100 ekor anak.

Pada 1952, seekor kucing bernama Dusty dari Texas direkodkan mempunyai lebih dari 420 ekor anak dengan kelahiran paling akhir ketika ia berumur 18 tahun.

Jumlah kelahiran paling banyak pada seperanakan (litter) ialah oleh seekor kucing Parsi bernama Bluebell di Afrika Selatan. Bluebell melahirkan 14 ekor kucing dalam hanya satu kelahiran dan semua anak-anaknya hidup.

Kucing memiliki 290 tulang di badannya dan otot sebanyak 517.

Sir Isaac Newton, pengasas Prinsip Graviti juga adalah pencipta cat door. Biasa kita nampak dalam siri-siri TV dari Barat.

Purata umur kucing indoor ialah 15 tahun. Sementara kucing outdoor hanya 3-5 tahun sahaja.

Kucing berperangai paling pelik pernah direkodkan ialah seekor kucing betina bernama Mincho. Ia memanjat sebatang pokok di Argentina dan tidak pernah turun ke tanah sehingga ia mati 6 tahun kemudiannya. Dalam tempoh itu, Mincho mampu beranak sebanyak 3 kali.

Suhu normal bagi badan kucing ialah 101.5 degree. Ini bermakna suhu badan kucing lebih panas dari suhu badan manusia.

Kucing yang gemar bersosial akan mengikut anda dari satu bilik ke satu bilik untuk memerhati aktiviti tuannya.

Semakin banyak anda bercakap dengan kucing anda, semakin banyak juga kucing anda akan 'bercakap' dengan anda. Rajin-rajinlah berborak dengan si comel.

Warna mata anak kucing akan beransur-ansur bertukar seiring pembesarannya.

Setelah dilahirkan, anak kucing tidak mampu mendengar dan melihat. Kucing dapat membuka matanya seawal hari ke-5. Kebolehan untuk melihat dan mendengar berkembang seawal usia 2 minggu. Ia mula berjalan-jalan sekitar berusia 20 hari.

Kucing menggeselkan badannya pada kucing lain atau manusia adalah untuk meninggalkan bau badannya sebagai tanda.

Kucing sangat aktif pada waktu petang.

95% pemilik kucing bercakap dengan kucing mereka.

Kucing sukakan tempat yang tinggi. Naluri ini dikongsi bersama harimau bintang dan harimau kumbang yang tidur di atas pokok.

Kucing yang tidak dimandulkan adalah lebih agresif.



Seekor kucing dewasa memiliki 32 batang gigi.

Orang Mesir Kuno mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung di atas kematian kucing kesayangan mereka.

Kucing mampu menghasilkan 1000 bentuk suara, sedang anjing hanya 10 bentuk suara sahaja.

Nama-nama yang paling biasa diberikan kepada kucing peliharaan di Malaysia ialah Comel, Comot, Jantan, Puteh, Awang, dan Bulat. Tapi sekarang, trend ini sudah berubah. Kami sendiri menamakan kucing-kucing kami dengan nama Korea seperti Yoo Hee, Gong Chan, Ha Neul dan Sonata.

3 comments:

ketawariang said...

gong chan hero My Girl tu ke? hehe

Unknown said...

kucing boleh tau ke yg tuannye nk mati??

Long term investment said...

Soalan maut ni

Post a Comment

 
Catmen Cattery Copyright © 2011